MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas koma dipercayai didera bapa kandungnya yang ‘naik angin’ kerana tidak tahan mangsa kerap menangis.
Dalam kejadian pada petang Ahad lalu, mangsa yang berasal dari Jasin dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk menjalani rawatan selepas tidak sedarkan diri akibat dibaling bapa kandungnya ke atas katil.
Menurut sumber, bapa mangsa berusia awal 30-an itu bertindak kejam selepas tidak tahan mendengar tangisan anak tunggalnya menyebabkannya bengkak di kepala.
Katanya, selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit dan isterinya berusia awal 30-an panik lalu membawa anak mereka ke HM untuk pemeriksaan.
“Mangsa dirujuk ke HM pada hari sama dan selepas diperiksa doktor, bayi itu terpaksa menjalani imbasan CT Scan sebelum doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman otak dan terpaksa dirujuk ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya memaklumkan bayi berkenaan masih kritikal.
Katanya, doktor mengesyaki mangsa didera berdasarkan kecederaannya lalu membuat laporan di pondok polis hospital kira-kira jam 1 pagi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan menyeluruh.
“Hasil siasatan, bayi berkenaan dipercayai didera dengan dibaling bapanya ke atas katil hingga cedera dan tidak sedarkan diri. Mangsa kini dirawat di ICU HKL selepas dirujuk doktor di HM,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan kerana kes masih dalam siasatan.
“Pada masa sama, ibu bapa mangsa masih menunggunya menjalani rawatan di HKL. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Hospital Melaka Dr Narimah Nor Yahaya ketika dihubungi mengesahkan bayi berkenaan kini dirujuk ke HKL selepas dimasukkan ke HM.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kecederaan mangsa kerana kes disiasat polis.
Hana wrote :
Bapak yang tak ada otak..orang lain ada anak, dia pun nak ada anak juga..tapi jaga tak tahu..
Apa la sangat dengan tangisan budak yang berumur sembilan bulan..budak2 ni kalo nangis ada 2 sebab yang utama..pertama, dia lapar..buatkan la susu atau bagi makan biskut ker..Kedua..sakit...tengoklah sama ada perut dia kembung ker,selsema ker..kalo kembung perut letak minyak cap yuyi..sangat berkesan..kalo selsema bagi ubat selsema la..lepas tu dia ngantuk dia tido..aduhai...sedih sangat la..bayi 9 bulan tak tau apa lagi..
Bapak dia ni ada kat HKL ni..dah dekat jer ngan aku..iksh..rasa mcm nak pergi maki..kahkahakah...berani nyer aku..
Orang lain yang belum ada rezeki dapat anak sungguh2 berusaha untuk dapatkan zuriat, tapi orang yang senang dapat mensia2kan..sedarlah manusia,anak ini ada lah waris anda jadi jagalah dia dengan baik2..aduhai..kan dah jadi sangat emosional plak aku nih..
No comments:
Post a Comment