Tak sangka dengan perkhabaran gembira yang aku dapat tadi..Alhamdulillah aku dah disahkan mengandung 6 minggu. Sejak balik dari Klinik Global tadi aku x berhenti2 senyum..mengalahkan nak dapat baby pertama dulu..hahaha..
Harap aku dapat menjaga kandunganku ini sehingga tarikh yang dijangka iaitu 09/07/2011..
Masih ingat lagi x dengan entry ku yang ini pasal Apa Makna Di Sebalik Mimpi, aku tak nafikan sedikit sebanyak mimpi yang dialami oleh adik kembarku mungkin ada petunjuk nyer...
Aku dah telefon dia, 1st aku tanya dia.."Ko agak apa yang aku nak beritahu ko sekarang ni" then dia jawab, " Arggghhhh, aku dah agak..patutlah selera makan aku menggila sekarang ni. Tiap2 hari dalam seminggu ni aku asyik nak mkn capati ajer,sampai kuah2 aku hirup sampai abis."...hahaha..dalam hati aku,sib baik ngidam makan capati..kurang kalori..kihkihkih..
Pelik kan,aku yang mengandung dia yang merasa nk makan bagai. Tapi memang dah banyak kali aku atau dia mendapat petunjuk jika ada sesuatu yang akan berlaku.Kadang2 bila dah berlaku baru kitorg perasan dan mula ada dialog " owh..patut lah aku rasa macam ni..macam tu.. bla..bla..."
By the way, aku ngan yuzz amat gembira dengan kurniaan yang diberikan..Terima Kasih Allah..
Nota tanganku : Adakan minat aku terhadap kaler pink akan memberikan makna sesuatu..ngeh..ngeh...
RANDOM 2013
10 years ago
No comments:
Post a Comment