CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 30, 2010

::Hati yang tidak tenang::

Dah lama aku jugak aku tak update blog..sejak cuti Raya AidilAdha..
Seminggu aku balik kampung Batu Pahat..dekat sana mmg aku tak boleh online sebab rumah parents aku xder komputer + internet.

Sejak aku mengandung ni,aku jadi malas nak tengok pc..huahuahua...dekat rumah pun aku x online..kalo online pun just facebook utk tgk update kawan2 tu pun guna blackberry ku..
Dekat opis mmg aku dah tak bole online sebab aku dah tukar plan BIS aku dari unlimited kepada plan RM40 ajer..usage pun just 250mb..aku dah mula utk berjimat cermat sebelum anak ku yang kedua ni lahir. No shopping online, No shopping tudung PH...huarghhh..
Nanti bila dah kandungan aku 7 bulan baru aku shopping balik, tu pun barang baby jer..:)

Okey, aku nak citer pasal tajuk entry aku tu..Hati aku memang tengah tak tenang sekarang sebab semalam petang aku bleeding. Sangat merisaukan aku.
Semalam tengahari aku pergi The Mall coz nak sewa novel. Aku pergi sana naik kete la sebab nak cepat, kalo ari jumaat aku biasanyer naik LRT. Tapi tau2 jer la jalan kat Chow Kit tu, memang jem jer ler..aku mmg xder jalan mana2,lepas pergi kedai buku tu aku terus balik jer. Jalan semasa aku balik pun masih jem juga, dekat setengah jam juga la baru sampai ke opisku.

Then sampai opis aku pergi beli makanan tengahari kat belakang opis ku, dah settle makan aku pergi toilet dan terkejutnyer aku bila aku tengok ada spot brownish kat panty liner yang aku rasa banyak juga. Aku dah tak keruan,terus aku telefon Yuzz bagitau pasal benda tu. Balik dari keje Yuzz datang ke opis aku nak bawa ke Klinik. Sambil tunggu yuzz aku sempat telefon kawanku Lyne coz dia ada pengalaman keguguran masa dia tengah peknen 7 minggu dan kejadian tu berlaku ketika Raya Aidilfitri yang baru lepas.

Lyne nasihatkan aku supaya terus pergi ke klinik sebab tak nak benda yang tak diingini berlaku. Dulu dia abaikan bila tanda brownish tu datang, siap bole berjalan2 lagi. Then bila darah mula kuar baru dia pergi klinik dan mulalah episod dia yang tak ingini tu berlaku. Yuzz datang, aku cerita sambil menangis..huahuahua..sangat2 takut..

Aku pergi ke Klinik Kita dekat Bandar Baru Ampang jumpa Doktor Zaimah. Minggu lepas baru jer aku pergi coz nak scan. Bila aku cakap kat dia aku bleeding dia tanya aku , 'Awak pergi jalan mana hari nih" hah...terkejut gak aku..hehehe..aku cakap lah pergi The Mall,jalan pulak jem..

Then dia scan aku, benda paling penting aku lupa sangat nak tanya, heartbeat baby aku. Sebab aku dah suka sangat baby aku dah mula membesar. 1 st aku scan baby aku just 10.20mm tapi dalam masa 5 hari baby dah 15.90mm. Sampai aku lupa nak tanya pasal heartbeat. Tapi aku harap sangat tiada jadi apa2 dengan kandunganku.Dia bagi ubat hentikan darah dan MC 1 hari esok...best..hehe...

Balik dari klinik,kitorg ambil Qhilfi Harraz dekat taska dan terus ke rumah abah mertua ku kat kampung melayu. Masa ni perut aku dah sakit sangat macam sakit sengugut tu. Aku terus baring. Dalam hati dah risau yang amat sangat. Dalam sakit2 tu aku tertido. Then bila bangun dari tido,aku mandi dan terus makan ubat yang doktor bagi. Masa ni, darah sudah mula turun tapi dalam kuantiti yang sikit. Tapi malam nyer, darah agak banyak dekat panty liner yang aku pakai. Bila buang air kecil, darah ikut keluar juga. Memang risau sangat.

Tapi aku try tak nak pikir yang bukan2. Aku tido awal, dan harap bila bangun esok pagi, semuanyer akan ok. Dan alhamdulillah,sehingga la aku taip entry ni, keadaan aku dah semakin ok tapi masih ada juga darah yang ikut keluar time aku buang air kecil tp tak banyak. Tak melekat pun kat panty liner aku. Lepas aku hantar Qhilfi Harraz ke taska,aku balik rumah lipat baju yang memang banyak tu sambil tengok movie. Lepas abis movie aku tertido maybe kesan ubat yang doktor bagi tu.

Aku harap,xder lagi kejadian yang mencemaskan aku. Cuma aku bersyukur, aku masih belum lagi mengalami alahan yang teruk sejak aku tau aku mengandung. Pening2 biasa tu ada lah..tapi bab makanan semua aku bedal..hahaha..

Sunday, November 14, 2010

::Tentukan jantina bayi...99% tepat???::

Betul ker bole dapat 99% tepat jika kita ikut kiraan kalendar cina ni? sapa dah penah cuba ?
Kalo ikut bulan aku berovulasi iaitu bulan Oktober pada umur 28 tahun dan jika ikut kalendar cina ni aku bakal mendapat baby Boy..then, aku ingat balik time aku mengandungkan Qhilfi Harraz dulu, bulan aku berovulasi bulan April pada umur 26 tahun dan kalo ikut kalendar ni aku akan dapat Baby Girl, tapiiii sebaliknyer plak yang keluar..hahaha...kurang bole percaya...mungkin kalendar ni terbalik kot..

Tapi tak apa la, aku letak jer kalendar ni kat blog aku..mana tahu tepat ker atau sebaliknyer plak..



Nota Tanganku : Apa petua nak dapatkan baby Girl? huhuhuuhu...

Saturday, November 13, 2010

::Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah::

Tak sangka dengan perkhabaran gembira yang aku dapat tadi..Alhamdulillah aku dah disahkan mengandung 6 minggu. Sejak balik dari Klinik Global tadi aku x berhenti2 senyum..mengalahkan nak dapat baby pertama dulu..hahaha..

Harap aku dapat menjaga kandunganku ini sehingga tarikh yang dijangka iaitu 09/07/2011..
Masih ingat lagi x dengan entry ku yang ini pasal Apa Makna Di Sebalik Mimpi, aku tak nafikan sedikit sebanyak mimpi yang dialami oleh adik kembarku mungkin ada petunjuk nyer...

Aku dah telefon dia, 1st aku tanya dia.."Ko agak apa yang aku nak beritahu ko sekarang ni" then dia jawab, " Arggghhhh, aku dah agak..patutlah selera makan aku menggila sekarang ni. Tiap2 hari dalam seminggu ni aku asyik nak mkn capati ajer,sampai kuah2 aku hirup sampai abis."...hahaha..dalam hati aku,sib baik ngidam makan capati..kurang kalori..kihkihkih..

Pelik kan,aku yang mengandung dia yang merasa nk makan bagai. Tapi memang dah banyak kali aku atau dia mendapat petunjuk jika ada sesuatu yang akan berlaku.Kadang2 bila dah berlaku baru kitorg perasan dan mula ada dialog " owh..patut lah aku rasa macam ni..macam tu.. bla..bla..."

By the way, aku ngan yuzz amat gembira dengan kurniaan yang diberikan..Terima Kasih Allah..

Nota tanganku : Adakan minat aku terhadap kaler pink akan memberikan makna sesuatu..ngeh..ngeh...

Wednesday, November 10, 2010

::Urutan refleksologi::

Hari ni aku teringin plak nak mengurut tapak kaki aku ni..dah rasa x sedap seluruh badan..tak tau la naper..perasaan aku sekarang jadi tak menentu..adakah bersangkut paut juga dengan period ku yang masih tidak datang2 dan tidak plak aku pregnant..huaawaaa....

Tadi aku tanya kat makcik belakang opis ku ni,aku panggil umi jer, orang Indonesia..dia xder plak, dah balik ke Indonesia nak beraya kat sana..terkilan aku, lambat sgt..aku puas hati cara dia mengurut..lama plak tu..tempat lain biasa kaki jer rm25..setengah jam plak tu..dengan umi ni,lebih satu jam..tu yang best tu..



Mula,umi akan picit2 kat tapak kaki dulu then tangan last sekali kepala..semuanyer just RM25 jer..huhuhu...murah sgt2..sedap mmg sedap tapi sakit tu xleh tahan la..padahal aku tgk dia x picit kuat2 pun..semua nyer mengikut kaedah2 refleksologi..bukan jenis urutan biasa...

Monday, November 8, 2010

::Ada apa dengan Isnin::

Hari Isnin adalah hari aku selalu tension..sebab apa?
Tak tahu sebab apa..saje jer nak tension2..nak menambah lagi kedutan2 di muka aku..
Mungkin juga hormon kurang stabil..
Sebab period ku sudah lewat hampir 10 ari..
Check UPT harap sangat2 timbul 2 line..
Tapi hampeh , -ve gak..
Stressnyer.....





Friday, November 5, 2010

::Buah tangan dari Langkawi::

Seronoknyer ari ni aku dapat coklat...Bos baik hati yang ingat kat pekerja dia..terima kasih bos..
nanti kalo bercuti lagi jgn lupa belikan gift lagi yer..hikhikhik...

Jemput tgk semua..:)

Kalo sesapa pergi Langkawi wajib kirim DAIM tau..sedap..aku dulu tak penah makan pun tapi dah sekali makan terus nak lagi..dah pandai kirim org dah...Dapat je tahu bos nak pergi Langkawi dah siap pesan kat bos suh belikan aku coklat daim, bos pun familiar dgn coklat brand daim ni..

Yang dalam kotak tu, Qhilfi Harraz suka, yang ni aku x kirim pun, bos yang bagi..kira buah tangan la dua2 coklat ni sebab tak payah bayar balik...akak sukaaaaa...lalalalala...

::Happy Diwali::



Selamat menyambut Hari Deepavali khas untuk kaum Hindu di seluruh dunia..
Dan sedihnyer hari ni aku keje..kawan2 aku cakap, bangla pun cuti..aku jawab sebab aku bukan bangla aku keje la...hahahaha...bernas juga kan jawapan aku....ceeehhh...

Thursday, November 4, 2010

::Apa yang mungkin terjadi kalo tuala wanita expired::

Story ni aku dapat dari blog MAMA HOUSEWIFE..thanks for sharing Liyana..
Sila baca cerita penuh nyer..

Cerita ni sebenarnya dalam bahasa CINA so di translate cerita nie dalam bahasa melayu....HATI-HATI bila pakai TUALA WANITA..check dulu expired date...Kualiti...dan paling PENTING kebersihannya...takut2 ada pula telur binatang dekat atas tuala wanita tu...

Seorang pelajar cina berusia 17 tahun tak tau lah dari negara mana telah mengalami muntah2 mcm orang mengandung tu la kan ....Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALA WANITA...disebabkan banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkan tuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya..Almaklumlah kehidupannya yg miskin dan kalau buang tu rasanya satu pembaziran kot pada keluarga mangsa tadi...so anak2 dgn bini dia pon pakailah TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcm orang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apa penyakit anaknya itu..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telah MENGANDUNG.....maka hairanlah si anak..dia menafikan bahawa dia mengandung kerana dia tidak mempunyai teman lelaki,masih bersekolah dan tidak pernah melakukan hubungan seks..Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUS yang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2 TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJAR TERSEBUT..MUNGKIN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut kerana didapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akan memakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....tak semua doktor yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana mereka telah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiri dijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Moral of the story.......*NAK BELI PAD TU CHECK DULU EXPIRED DATE..*MAKE SURE PAD YG DIBELI TU BEBAS DARIPADA KOTORAN ATAU TELUR2 BINATANG.. SILAP2 KANG ADA TELUR LIPAS BERANAK LIPAS LAK LEPAS NI...*SAMA2 MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMASTIKAN KEJADIAN SEPERTI NIE TAK TERJADI


DUA GAMBAR ANAK2 TIKUS TU SELEPAS PEMBEDAHAN DILAKUKAN...





Ada lagi



Erk...aku geli....taubat pas ni aku akan tgk dulu expired date..sebab kadang aku main rembat jer..yang aku tgk cuma ada wing ke xder wing ker, brp cm...

::Love like crazy to Pearl Haya::

Tadi blogwaking kat KASIH YA .. dia punya title sasau pearl haya..hahaha..sama la dgn aku...
Siapa dah penah beli dan pakai tudung Pearl Haya ni, angkat tangan...hehe...
Setakat ni aku dah ada 4 helai tudung PH ni..agak lambat skit nak mengumpulnyer sebab dulu kononnyer addicted to Ariani..tu pun collection tudung Ariani xder hebat sangat..dulu2 Ariani pun mahal gak, sekarang ni jer dah agak murah skit mungkin sebab banyak persaingan. Tapi, yang murah tu pun aku rasa kualiti semakin kurang sbb lama2 kain jadi kembang terutamanya yang cotton dan awning plak jadi lembik..uiskkk...

Sebab tu sekrg aku dah jatuh cinta dengan Pearl Haya ni..sangat cantik dan selesa memakainyer..aku paling suka amik saiz Slim P2M..maknanyer slim di bahagian bahu,labuh melepasi dada dan saiz muka M..aku start kumpul tudung ni sejak bulan puasa 2010 ni..sibuk shopping raya kan..last2 3 helai sekali beli sebab dapat bonus kan...kihkihkih...yang bestnyer Pearl Haya ni, satu design satu saiz..jadi, xder la orang lain yang pakai sama design dengan korang..kalo ada pun,susah skit nak jumpa..


Yang ini tudung pertama..aku beli sini MAMAHANA. Best shopping online kat mamahana,ada diskaun & free shipping.





Yang 2 helai ini aku beli kat ZINNI, kat Jalan TAR..Beli masa nak raya ari tu juga


Ni beli lepas raya..beli kat ZINNI juga..aku tengok harga dekat website PEARL HAYA lain,tapi harga yg diorg jual lain. Tapi dapat juga la harga sama dengan website selepas diskaun 10%..gerrrr..tapi cantik kan...yang ni kain denim awning coduroy..

Aku paling suka bahagian awning dengan ropol2 yang kat body tudung..hehehe..nampak kelainan..tak ramai yang bole tiru..tapi aku penah gak jumpa Pearl Haya yang immitation, bole tahan gak cantik..yang penting harga murah byk dari Pearl Haya ni..tapi belum kesempatan nak membeli..

Aku tak kisah pakai tudung murah ke,pasar malam ker asalkan tudung itu cantik dan sedap pakai..Tapi yang agak mahal macam Pearl Haya,Ariani De Zahra ni memang sedap sgt pakai...cuma duit poket jer yang tak berapa nak sedap...kihkihkih







::Apa makna disebalik mimpi::

Justify Full



Pagi tadi aku dapat panggilan daripada adik kembarku, Hiyla..ini antara perbualan aku dengan dia:

Hiyla : Hana, ko sibuk x?

Hana : Tak pun..

Hiyla : Komputer ko on internet tak?

Hana : Belum lagi, naper?

Hiyla : Ehm..aku nak minta tolongkan ko carikan makna mimpi aku ni kat internet..

Hana : Ko mimpi apa?

Hiyla : Aku mimpi aku bersalin, sakit sgt2..mcm bersalin betul..apa ek maknanyer?

Hana : Ehm..entah2 aku nak mengandung tak...hahahaha...

Hiyla : Ko lambat datang period ker?

Hana : Aah, dah lambat 5 ari..tapi tak tau la,sebab dulu lambat 2 minggu tapi takder plak..

Hiyla : Tak try UPT test ker?

Hana : Dah,tapi -ve (sedih)

Lama gak tadi berbual dengan dia pasal mimpi..cuma 2 ari lepas terbaca buku ramalan mimpi adik ipar aku, kalo mimpi kita dalam kesakitan,kesusahan insyaallah akan berlaku kesenangan dan kegembiraan dalam kehidupan kita.

Tapi sebaliknyer kalo kita mimpi pasal kegembiraan atau kesenangan, akan berlaku sedikit keburukan..Waallahualam..

Dulu, aku penah mimpi aku mengandung,
pelik la sebab aku tak kawin lagi masa tu..tapi rupa2nyer adik kembar ku ini yang mengandung..mungkin sebab aku ngan dia kembar jadi aku bole dapat rasa dulu kot..

Kalo cerita pasal sense of twin ni memang banyak aku ngan dia dapat rasakan..dia mengandung aku yang loya, aku kena operation dia yang demam...sehati sejiwa..tapi selalu gaduh dengan dia masa zaman kat Kolej dulu...hahaha..

Cuba teka mana satu aku..warna tudung pun sama..ok,yang sebelah kiri bawah tu aku la, yang sebelah kanan adik aku...sama kan muka kitorg...kadang2 suami sendiri pun leh salah panggil..tapi paling banyak salah suami dia la...hahaha

Wednesday, November 3, 2010

::D.I.Y Watermark::

Apa maksud DIY...cehhh..macam la org tak tau apa maknanyer..tapi mungkin juga ada yang tak tau..DIY bermaksud Do It Yourseft..dengan kata senangnyer, ko buat sendiri la...kihkihkih

Yeayyyy....aku suka sebab ari ni satu hari aku dtg keje, makan gaji buta..sebabnyer aku sibuk cari cara-cara buat watermark sendiri..ada juga yang bole beli contohnyer kat sini EYA, cantik2 okey..aku teruja jap..tapi, aku cari jalan macamana nak buat sendiri benda alah ni..

Apa guna aku belajar IT kalo buat benda ni pun aku tak bole...ngeh..ngeh..apahal plak aku ni..hahahaha....dah tak payah cerita panjang2..korang tgk watermark yg aku buat ni..



Yang gambo kat atas ini sebelum diletakkan kat atas gambo..perkataan tu,korang nak buat dulu pun xper atau nak biarkan kosong dulu pun xper..watermark kosong macam kat bawah nih...



Semuanyer aku buat menggunakan PAINT.NET..download free ajer..mula2 susah gak..tapi aku tanya kat pakcik google cara-cara nak guna,so bole la jadi pandai skit2..



Yeayyy..jadilah macam ni setelah diletakkan kat atas gambo..dah tak nampak background kaler putih tu, sebab aku padam menggunakan magic hand..

So korang, apa lagi..jom2 buat watermark kalo taknak gambo kena curi..mana la tahu kan kalo ada orang yang berminat nak jadikan gambo korang sebagai gambo sendiri..:)

Notatanganku : Gambo asal watermark tu aku cilok jer..actually benda tu divider utk blog tapi aku jadikan sebagai watermark aku..haram ke tak eh??? tapi tuan punya blog tu yang suruh download..tak haram la kot...*wink *wink

::Papa & baby contest::


Ist time aku nak masuk contest dalam blog..anjuran CUTE MUM...kejam tak aku bg gambo yang ni..ada lagi gambo lain tapi aku suka gak gambo yg Ayah & Qhilfi tgh tido ni..sorry la ayah yer..ngeh..ngeh...aku nak mengikut tema PALING KREATIF, MENARIK & LUCU..okey la tu..hope ada tuah yang menanti..Insyaallah...tapi aku join just untuk memeriahkan blog aku & blog Cute Mum jer..best gak join contest2 nih..menambah silahturahim..

TADAAA...


Rasa mcm comel jer...hahahha..

Nama Ayah : Mohammad Fairuz B.Abd Wahab@Yusof (Yuzz)
Nama Anak : Muhamad Qhilfi Harraz
Umur : 1 Tahun 9 Bulan

Tuesday, November 2, 2010

::Rabbit..Rabbit::

Sekarang tempat kerja aku dah ada bela arnab..ramai yang nak menjaga nyer...dari 2 ekor dah jadi 4 ekor..comel la sgt..mula2 aku ingat nak gak bela arnab kat rumah, almaklumlah rumah mcm dah jadi mini zoo..ada burung,kucing n burung puyuh..belum dikira lagi binatang yang tidak terpelihara tetapi selalu jer datang..especially kucing2 jiran yg dtg asyik nak mkn jer tuh..dan juga 'CIK TI' yg selalu cari gaduh dengan aku tuh...geram gila dgn dia..tp aku tak bole maki2 dia..kata org jgn marah2 CIK TI kalo ada kat umah, nanti mereka balas dendam..contohnyer gigit wayar,buat sepah kat dapur...betulll, x tipu..rumah mak aku dulu dah penah kena..sbb aku ckp tikus bodoh...hahahaha...
kan aku dah merapu...huahuahua...



Yang arnab dlm kandang ni,yg mula2 bos aku bawa..jinak betul..kalo org dtg bebudak nih berdiri minta makan atau minta keluar..tapi kalo dapat keluar,amboii..sampai x ingat masuk kandang balik..



Yang ni plak,ada seorg pekerja beli..2 ekor ni RM40..comel kan..bebudak nih lagi jinak...pastu baik plak perangai..tu tido kat luar kandang je tu..xder plak nak merayau2..

Ari tu, dah tanya Yuzz, aku nak bela arnab..dia cakap kalo ada tempat atau kandang luas bole gak..tp kat rumah dah tak cukup ruang..eleh, aku tau dia malas nak jaga...sebab dia tau, apa2 mesti dia yg kena buat...basuh kandang,bagi makan..aku suka layan jer tapi nak buat benda2 tu, ehm...mcm tak nak jer...ngehhh..
Baru2 ni aku dah order 2 ekor anak kucing kat kedai mkn belakang nih...bukan order utk mkn yer..ada ibu kucing tu lepas beranak,pastu ada seekor tu ada 3 kaler bulu dia..aku apa lagi,cepat2 la chop..tapi umur anak kucing tu tak panjang, semalam aku tanya pekerja kedai makan tu cakap dah mati..tinggal yang hitam putih tu ajer..jadilah,comel juga..ekor kontot tp bulu nyer kembang..tapi aku tak amik dulu sebab masih kecil dan tgh menyusu dgn ibu dia..tunggu beso skit..

::Ada improvement::

Apa yg improved nyer ialah..kihkihkih...mcm budak sekolah buat esei..wokey, tadi aku hantar Qhilfi Harraz ke taska, ari ni menangis juga tapi kurang drama, x macam semalam..nangis2 juga tapi tetap hulur tangan nak salam...huahuahua...alalalala..anak mama...x lama lagi okey la tuh..lega skit...aku tgk, pengasuh dia dah tukar lain..Kak Yati namanyer..tp mcm biasa la,Indonesia mari...

Ada yg improved lagi, jalan nak ke taska dia dah dibaiki..so xder la berlubang2 jalan tu sampai aku rasa kancilku dulu jahanam sebab jalan itu la..agaknyer la....ehmmmm..hahahahaha....padahal org yang memandu yg x brp bagus nk mengelak lubang...Tapi skrg musim hujan, aku confirm mesti jalan itu akan jadi seperti dulu gak..huarrrggghhh...tidak...sayang BLM ku...ngeh...ngeh...

Kali ini entry tidak ada gambo, x senonoh plak aku rasa nk amik gambo Qhilfi Harraz tgh menangis..kihkihkih...layankan je la aku nyer boraks ni..nak mencapai VISI & MISI : 1 hari 1 Entry..tapi bukan bermakna wajib 1 entry jer for 1 day,kalo ada lebih cerita tu, aku buat juga entry...wokeyy...

Monday, November 1, 2010

::Contest Ratu Tudung@Facebook::


Kira Ist time masuk contest ala-ala ratu ni..hahahahaha...sajer jer nak test market...syarat nak menyertai contest ni senang jer, just beli tudung kat TUDUNG LIZS ARYANE BOUTIQUE then hantar gambo dekat owner butik. Owner butik akan bagi membership no. Keistimewaan ada membership nih dapat diskaun 15% kalo shopping lagi.

Okey,pasal contest tu,aku redha jer la..menang aku dapat ha
diah,voucher RM300 beli tudung dari butik Lizs tu, kalo kalah pun, xper la (huarggghhhh...malu)....kihkihkih....
So,agak2 nak try test market bole la..kalo xnak masuk,vote aku pun bole..

Tapi x best sgt,undian LIKE tu hanya dikira melalui wall butik jer..undian dari wall peserta tidak diterima...ada chance nak kalah nih...hahahaha...layannnzzzz...

Ini salah satu cara aku mempromosikan diri..undian dah dpt byk tapi tidak dikira plak...huahuahuahua..sedih..ramai supporters tu..thanks uols..

::Qhilfi Harraz@Taska Rapidkl::

Hari ini hantar semula Qhilfi Harraz kat taska Rapidkl...mmg sebelum ni dari dia umur dua bulan sampai la setahun 7 bulan dia stay sana jer, tapi semenjak bulan puasa ari tu aku just htr kat taska depan rumah jer. Masa tu aku ada masalah kenderaan..Kancilku dah bg abah kat kampung so aku jadi patah kaki. Aku ingatkan senang bila xder kereta ni,sbb pengangkutan awam pun senang..tapi rupanya agak susah dan aku agak tertekan gak sebab x bole ke mana2..sebulan lebih gak aku pergi balik keje naik lrt. So, now dah dpt kereta, rutin kembali semula macam sebelum bulan puasa dulu..Pagi, hantar Qhilfi Harraz ke taska, pergi kerja,ptg amik Qhilfi Harraz semula...huhuhu...best tp agak penat skit kalo jem...

Tadi htr Qhilfi Harraz,dia menangis x hengat...huahuahua..lama sgt x dtg..sama juga masa mula2 htr ke taska kat depan rumah tu,3 minggu juga la dia menangis..kali ini berapa lama plak dia menangis eh...jangan la lama sgt abang, nanti mama sedih nk htr abang...iskhhh...

Jom,layan gambo bujang kesayangan aku ni.
Ini lah kereta kesayanganku,tengah dimandikan..baru seminggu dapat dia
Konon nak buat peace,bole la tuh

Layankan je lah..gediks skit nih..kuat menyakat org..