CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 11, 2009

:: Setem ::

Filem ni aku nk bg thumb up...tepuktangan Mmg best giler citer ni...kelako la sgt2...hehe..
Sesapa yg lum p tgk,aku syorkan citer ni...Arahan dari Kabir Bhatia..
Bila lagi nk sokong filem melayu kan...citer ni berunsurkan komedi...
Ni sinopsis filem Setem ni...
SINOPSIS
Prolog
Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya.
Beliau melantik seorang
pembuat jam untuk mencipta sekeping setem.
Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan.
Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang
kemudiannya dikutip oleh cucunya�.


Tahun 2008
Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring.
Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan.
Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka.
Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut.
Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut.


Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu.
Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat.
Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium.


Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut.
Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut.
Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.
Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu.
Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa.
Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello.
Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut.
Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander.


Siapakah yang memilikinya?
Apa pula berlaku kepada mereka semua?

Monday, August 10, 2009

::Tudung Qhaleesha made by Hana ::

Aku dah buat beberapa helai tudung utk pakai sendiri dan tempahan kawan..
Belum dapat buat utk ready made..masih lagi dlm proses pembelajaran utk polishkan skill jahitan aku..x berani lagi nk jual kat sini,takut terlalu byk komplen..so ni ada gambo yg sempat aku snap..sebenarnya mls nk snap..hehe..nak namakan tudung ni Q Rainbow..

::Lama aku x update::

Salam sume...
Lama aku x update blog ku ini...bukan kerana ketiadaan masa tp krn penyakit M ku ini...Hanya berubah wajah saje blog ku ini...hehe..cantik bg aku..i luv polka dot...
Dalam masa sebulan ni,beberapa peristiwa yg terjadi...
Mak mertua aku sakit..Hana doakan mak cepat sembuh yer..
Qhilfi dah pandai merangkak (baru 2-3 tapak)
Adik kembar aku dh dpt keje kat kl..alhamdulillah...
dan aku skrg ni,tgh sibuk menjahit tudung..kwn2 keje adik aku tu minta buat tudung lebih2 skit...
Dan menjelang bulan Ramadhan yg akan tiba ni, aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Semoga kite sume sihat utk menjalani ibadah puasa ni..Insyaallah...
Dah byk benda yg ada dlm kepala ku ini...

1.Cat rumah
2.Buat langsir
3.Buat baju raya

dan yang plg penting,kena abiskan posa ganti...huhu..byk lagi ni..
Moga2 penyakit M ku ini tidak melanda masa bulan posa nanti..
Untuk pertama kalinyer,aku dpt menyambut puasa dgn status seorg ibu..sebenarnya,pertama kali gak aku berposa dgn suami ku sepenuhnya..
Tahun lps,aku berpantang kat kg coz operation buang cyst..
Jadi,tahun ini ada la tahun pertama ku juga...
Oklah,setakat ni saja kot..untuk kawan ku Ena,aku doakan abah ko,Hj.Wahab cepat sembuh yer..sabar menghadapi dugaan...